JEMPOL: Seorang pemuda dijatuhkan hukuman penjara selama dua bulan oleh Mahkamah Majistret Bahau, di sini, hari ini selepas dia mengaku bersalah menikam ibunya sendiri dalam kejadian di Felda Raja Alias, Jun lalu. Tertuduh berusia 20 tahun membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Norshazwani Ishak. Majistret pada 1 Julai lalu telahpun mengarahkan lelaki tersebut untuk menjalani pemerhatian mental selama sebulan di Hospital Permai. Difahamkan, lelaki tersebut disahkan mengidap kemurungan ringan (mild depression) bagaimanapun masih boleh membuat pengakuan. Berdasarkan pertuduhan, remaja tersebut dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya