Al-Sultan Abdullah bersama 50,000 rakyat hadir sambutan Hari Kebangsaan - Utusan Malaysia

Al-Sultan Abdullah bersama 50,000 rakyat hadir sambutan Hari Kebangsaan

AL-SULTAN Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan beramah mesra dengan orang ramai pada sambutan kemerdekaan peringkat negeri Pahang di Padang MBK di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyaksikan perarakan sempena sambutan kemerdekaan peringkat negeri ini di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1 di sini.

Ini merupakan tahun pertama baginda berangkat sebagai tetamu utama pada sambutan Hari Kebangsaan ke-67 bagi negeri Pahang kali ini setelah lima tahun selamat menyempurnakan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 di Istana Negara sebelum ini.

Keberangkatan baginda diiringi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Sambutan kemerdekaan peringkat negeri Pahang pada kali ini dihadiri lebih 50,000 pengunjung dari seluruh negeri yang mula berhimpun seawal pukul 5 pagi bagi menunjukkan semangat kebersatuan dalam menghayati acara tahunan itu.

Acara perbarisan dan perarakan bagi Sambutan Hari Kebangsaan 2024 berkonsepkan persembahan statik serta perarakan berjalan kaki dan berkenderaan dengan jumlah penyertaan pada tahun ini sebanyak 111 kontinjen dengan pecahan 72 kontinjen berjalan kaki dan 39 kontinjen berkenderaan dengan jumlah peserta 4,145 orang dan 563 buah kenderaan.

Sambutan tahun ini juga dimeriahkan dengan persembahan Demonstrasi Aturgerak Tim Penggempur 4 Briged (Mekanize) untuk memusnahkan musuh dengan menggunakan aset-aset mekanize selain turut digamatkan dengan kehadiran enam jet pejuang iaitu pesawat Sukhoi Su-30MKM dari No. 12 Skn, Pangkalan Udara Gong Kedak yang membuat lintas udara di ruang udara bandar Kuantan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya