Aiskrim 'legend' lahir dari peti sejuk lama

Aiskrim ‘legend’ lahir dari peti sejuk lama

AINUR Anisa Idris menunjukkan sebahagian perisa aiskrim legend yang dijual di kediamannya di Kampung Pengkalan Nyireh, Besut, kelmarin. – UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Mengimbau kenangan manis sewaktu kanak-kanak sambil menikmati aiskrim mendorong seorang suri rumah menjalankan perniagaan menjual aiskrim Malaysia atau lebih dikenali sebagai aiskrim legend sebagai sumber pendapatan.

Ainur Anisa Idris, 28, berkata, dia tidak menyangka perniagaannya mendapat sambutan memberangsangkan sehingga permintaan aiskrim yang dihasilkannya mencecah 2,000 batang dalam tempoh sebulan.

Katanya, hasil daripada jualan itu, dia mampu meraih pendapatan kira-kira RM600 sebulan.

“Cetusan idea itu bermula apabila saya cuba memanfaatkan peti sejuk yang tidak digunakan sebelum ini dengan membuat aiskrim legend dalam kuantiti yang sedikit.

“Namun apabila memuat naik iklan dalam media sosial permintaannya meningkat daripada 50 batang kepada 100 batang sehari sehingga saya terpaksa membeli peti sejuk yang lebih besar bagi memenuhi tempahan aiskrim,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Pengkalan Nyireh di sini.

Jelasnya, terdapat 20 perisa aiskrim yang ditawarkan berasaskan gula dan susu segar, antaranya perisa anggur, tebu, sarsi, vanila coklat, paddlepop, tutti frutti.

Katanya, dia juga membuat kelainan dengan melakukan inovasi mengikut cita rasa masyarakat masa kini.

“Aiskrim Malaysia terpaksa bersaing dengan aiskrim moden yang ada dalam pasaran ketika ini, namun aiskrim legend ini tetap mempunyai peminatnya sendiri, terutamanya mereka yang lahir pada era 80-90-an. Banyak kenangan dengan aiskrim ini.

“Saya menjual aiskrim ini pada harga 50 sen sehingga RM1 sebatang mengikut jenis perisa, selain saya juga sering menerima tempahan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN