PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan proses mengambil keterangan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sepatutnya berlangsung semalam, ditangguhkan ke hari ini. Beliau memberitahu Utusan Malaysia, keterangan itu akan dirakam di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di sini pukul 11 pagi. “Peguam kepada beliau (Muhyiddin) maklum untuk ditangguhkan esok (hari ini) pukul 11 kerana dia masih berada di Thailand,” katanya. Terdahulu, polis mengesahkan akan merakam keterangan Muhyiddin di pejabatnya semalam. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya