COLOMBO: Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe, berdepan saingan 38 pencabar pada pilihan raya bulan depan, ketika negara ini berdepan krisis ekonomi yang memerlukan penyelesaian segera. AFP melaporkan, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya R.M.A.L. Rathnayake berkata, pihaknya semalam menerima 39 pencalonan tanpa seorang pun calon wanita. Sebanyak 35 calon bersaing dalam perebutan jawatan Presiden negara ini pada 2019. Pada pemilihan kali ini yang pertama selepas Wickremesinghe, 75, mengambil alih pemerintahan dua tahun lalu, beliau dijangka menghadapi saingan sengit daripada pemimpin pembangkang, Sajith Premadasa, 57, dan pemimpin berhaluan kiri, Anura Kumara Dissanayaka, 55.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya