ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 35 maut dan puluhan lain cedera dalam dua kemalangan bas berasingan yang berlaku selang beberapa jam di Pakistan, semalam. Nahas pertama melibatkan sebuah bas membawa jemaah Islam Syiah yang pulang dari Iraq melalui Iran, jatuh dari lebuh raya ke dalam gaung di barat daya Pakistan. Ketua polis tempatan, Qazi Sabir berkata, kemalangan berlaku di lebuh raya Makran selepas pemandu hilang kawalan apabila brek bas gagal berfungsi ketika melalui daerah Lasbela di wilayah Baluchistan. Selang beberapa jam kemudian, 23 orang lagi maut apabila sebuah bas jatuh ke dalam gaung…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya