KOTA BHARU: Seramai 13 orang bayi merdeka di lahirkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sempena ulang tahun kemerdekaan negara kali ke-67 hari ini.
Pengarahnya Dr. Izamin Idris berkata, kelahiran bayi itu direkodkan bermula pukul 12 tengah malam sehingga 10 pagi tadi.
Menurutnya, kelahiran pertama disambut oleh warga HRPZ II pada pukul 12.14 tengah malam.
“Daripada jumlah itu, lima adalah bayi lelaki dan selebihnya perempuan. Bagi menyemarakan lagi semangat sempena hari bersejarah ini, kami telah menganjurkan Program Sambutan Bayi Merdeka 2024.
“Program ini merupakan acara tahunan hospital sebagai tanda kesyukuran terhadap kelahiran generasi baru yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa hadapan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.-UTUSAN