13 bayi merdeka dilahirkan di Pahang - Utusan Malaysia

13 bayi merdeka dilahirkan di Pahang

SERAMAI 13 bayi merdeka dilahirkan di tiga buah hospital di Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seramai 13 bayi merdeka dilahirkan di hospital seluruh negeri ini sejak 12 tengah malam tadi sehingga setakat tengah hari hari ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Datuk Dr. Rusdi Abdul Rahman berkata, daripada jumlah itu, sembilan merupakan bayi lelaki manakala empat bayi perempuan.

Katanya lagi, daripada 13 bayi berkenaan juga, empat darinya dilahirkan secara pembedahan dan selebihnya secara normal.

“10 bayi merupakan bayi Melayu, dua bayi India dan seorang bayi kaum Cina. Semua bayi dilaporkan sihat dan stabil,” katanya di sini.

Tambah Rusdi lagi, bayi merdeka terawal dilahirkan adalah di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

“Bayi berkenaan merupakan bayi lelaki Melayu dengan berat 2.84 kilogram (kg). Bayi bertuah ini merupakan anak ke lima pasangan yang menetap di Kuantan dan dilahirkan melalui kaedah bersalin secara normal,” ujarnya.

Sementara itu katanya, Hospital Sultan Haji Ahad Shah (HoSHAS) Temerloh mencatatkan jumlah kelahiran tertinggi iaitu seramai enam orang bayi, diikuti HTAA dengan lima kelahiran dan Hospital Pekan dengan dua kelahiran.

“Tahniah kepada ibu dan bapa yang menyambut kelahiran anak mereka pada Hari Kemerdekaan ke-67 ini.

“Semoga anak-anak ini terus sihat dan membesar menjadi anak-anak yang menyumbang kepada kepentingan kemakmuran negara. Salam Jiwa Merdeka dari JKNP,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya