11 maut, konvoi polis diserang kumpulan bersenjata

11 maut, konvoi polis diserang kumpulan bersenjata

POLIS Punjab mengesahkan suspek adalah perompak, bukan anggota militan.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHORE: Sekumpulan lelaki bersenjatakan pelancar roket grenad (RPG), menyerang satu konvoi polis di timur Punjab semalam, mengakibatkan sekurang-kurangnya 11 pegawai maut dan mencederakan tujuh yang lain.

Menurut pihak berkuasa, tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan yang berlaku di daerah Rahim Yar Khan.

Agensi berita AP melaporkan, kejadian berlaku ketika konvoi polis tersebut melakukan rondaan bagi memburu suspek perompak di kawasan terbabit.

Polis Punjab memaklumkan, suspek dipercayai bukan anggota militan tetapi adalah perompak.

Semua mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital bagi menerima rawatan.

Kawasan Kacha di Rahim Yar Khan menjadi tempat persembunyian kumpulan perompak terutamanya di sepanjang Sungai Indus.

Pasukan polis sering melakukan operasi di Punjab dan wilayah Sindh bagi memburu perompak, yang turut bersembunyi di kawasan pedalaman dan hutan.

Serangan keganasan kerap berlaku di Pakistan sejak kebelakangan ini, namun bilangan kematian yang tinggi melibatkan anggota polis dalam satu insiden, jarang berlaku.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN