11 maut, 14 hilang akibat banjir di China

11 maut, 14 hilang akibat banjir di China

LEBIH 50,000 orang di Huludao menerima arahan pemindahan berikutan hujan lebat.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: 11 maut dan 14 yang lain dilaporkan hilang selepas hujan lebat sejak kebelakangan ini melanda wilayah Liaoning di timur laut China, lapor penyiar CCTV semalam.

Hujan lebat selama beberapa hari minggu ini mengganggu perjalanan dan menghalang usaha pasukan kecemasan di wilayah itu.

Banjir memaksa puluhan ribu orang di kawasan yang ditadbir oleh daerah Huludao untuk berpindah, selain pasukan keselamatan giat mengesan mangsa hilang.

Hujan lebat kali ini menyebabkan kerosakan serius di Bandar Huludao, terutama di daerah Jianchang dan Suizhong.

“Jalan raya, elektrik, perkhidmatan komunikasi, rumah, tanaman dan lain-lain terjejas teruk akibat banjir.

“Selepas beberapa kali pemeriksaan terhadap rumah dan penduduk, bencana ini didapati menyebabkan 10 kematian dan 14 lagi hilang,” lapor CCTV.

Kelmarin, media kerajaan melaporkan lebih 50,000 orang di Huludao menerima arahan pemindahan berikutan hujan lebat.

Menurut perangkaan awal, penduduk terjejas di Bandar Huludao mencecah 188,757 dan kerugian akibat bencana sehingga 10.3 bilion yuan (RM6.32 bilion), lapor CCTV.

Bencana terbaharu berlaku selepas hujan lebat pada akhir Julai dicetuskan oleh Taufan Gaemi, yang mengorbankan berpuluh nyawa di tengah China.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN