MELAKA: Wang tabung Surau Al-Qamar Taman Bunga Raya, Bukit Beruang di sini terpaksa digunakan untuk membaiki kerosakan pendawaian elektrik apabila kubah surau itu dipanah petir dalam kejadian Sabtu lalu. Pengerusinya, Hasan Daiman, 62, berkata, dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu menyebabkan pendawaian elektrik rosak dan perlu dibaiki segera kerana lampu, kipas, penghawa dingin dan dua sistem siar raya tidak dapat digunakan. Menurut beliau, kerosakan itu menyebabkan azan tidak dapat berkumandang melalui sistem siar raya manakala bilal hanya melaungkan azan di hadapan surau. “Tidak ada sebarang kejadian tidak diingini berlaku…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya