BANGKOK: Thailand mengambil langkah untuk mengklasifikasikan semula ganja dan hemp sebagai narkotik selepas jawatankuasa yang ditugaskan mengawal dadah haram bersetuju bahawa ia tidak boleh digunakan secara riadah, lapor Bangkok Post. Semua ahli jawatankuasa bersetuju bahawa ganja harus digunakan hanya untuk rawatan perubatan, kata laporan itu, memetik Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Surachoke Tangwiwat. Majoriti bersetuju untuk meletakkan ganja dan hemp kembali dalam senarai narkotik, kata akhbar itu. Jawatankuasa itu akan menyerahkan laporannya kepada Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik minggu ini. Susulan kelulusan daripada agensi itu, jawatankuasa kemudian akan menggesa Pentadbiran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya