KUALA LUMPUR: Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meninggalkan pejabat Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp.) selepas kira-kira enam jam memasuki bangunan tersebut semalam. Kesemua pegawai terbabit dilihat meninggalkan bangunan terbabit dengan membawa satu troli pada pukul 5.45 petang. Mereka turut dilihat membawa tiga kotak dipercayai mengandungi sejumlah dokumen berkaitan HRD Corp. yang dikaitkan dengan laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024 Terdahulu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan pegawai SPRM pergi ke Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) di Putrajaya dan HRD Corp. di Jalan Beringin di sini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya