BENTONG: Taktik pengedar dadah menjadikan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah di sini sebagai transit pengedaran bahan terlarang itu gagal apabila perbuatan itu berjaya dikesan pihak polis. Dalam serbuan ditempat letak kereta R&R itu pada Khamis lalu kira-kira pukul 12.20 tengah hari, polis menahan seorang suspek berusia 34 tahun beralamat di Lembah Klang dan merampas dadah dipercayai jenis syabu bernilai RM697,717. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, hasil pemeriksaan dalam kereta jenis Honda Jazz dipandu suspek, 20 peket plastik lutsinar ditemukan mengandungi bahan disyaki syabu dengan anggaran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya