KOTA BHARU: Pas mendedahkan sikap tamak UMNO semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 2021 menjadi punca hubungan antara kedua-dua parti itu putus. Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah sebaliknya berkata, dakwaan hubungan Pas dengan UMNO putus disebabkan parti itu menolak tawaran Barisan Nasional (BN) dan memilih Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana ditawarkan lebih kerusi sebagai mengarut. “Dakwaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan itu tak betul. Ketika itu kita (Pas) mencadangkan agar ada perkongsian kerusi antara Pas, Bersatu dan BN. Namun BN berkeras…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya