Shuib pernah ketagih judi, insaf dikepung gangster

Shuib pernah ketagih judi, insaf dikepung gangster

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, mendedahkan pernah terlibat dalam kegiatan perjudian sehingga membawa kepada ketagihan.

Kata Shuib, ketagihan yang melampau terhadap judi pernah menyebabkan dia kerugian sehingga puluhan ribu ringgit.

“Banyak duit yang aku habiskan untuk main permainan itu dan aku pernah bertaruh RM150 setiap pusingan.

“Dalam seminit sebenarnya boleh main sebanyak tiga hingga empat pusingan. Jadi, kau bayangkan berapa ratus ringgit boleh dihabiskan dalam satu minit.

“Bila aku main dulu, banyak aku rugi sampai tak terkira. Aku dulu punyalah tak ada duit, sampai kering langsung,” katanya.

Pelawak itu berkongsi kisahnya menerusi sesi podcast Dol’s Podcast yang dikendalikan bersama Shuk Sahar dan Fizie.

Dalam pada itu, Shuib turut bercerita dia pernah dikepung dengan beberapa gangster selepas memenangi wang taruhan sebanyak RM68,000 ketika menjalani penggambaran di Ipoh.

“Masa itu aku main dan menang sebanyak RM68,000. Bila dah memang tiba-tiba tuan kedai macam tak nak bagi aku duit itu seolah dia anggap aku menipu.

“Dia siap hubungi beberapa gangster datang ke kedai, ada dalam enam orang masa itu. Sampai saja mereka terus panggil ke bilik belakang dan tanya macam-macam.

“Bila aku dengar saja dia cakap macam itu, terus aku cakap, ‘Kalau abang dah cakap macam itu maksudnya abang memang tak nak bagi duit ini. Tak apalah, saya gerak’,” kongsinya lagi.

Selepas kejadian yang berlaku sekitar 2013 itu, dia mula mengambil langkah meninggalkan lembah dosa itu dan mula merasai perubahan dalam kehidupannya.

“Demi Allah, aku cakap pada diri sendiri adalah kali terakhir aku main judi dan memang aku sudah tak main lepas itu.

“Perbezaan dia masha-Allah, Allah nak bagi. Kadang-kadang kau rasa kau berjudi tu kau puas, bila kau menang kau gempak.

“Tapi kehidupan kau masih susah, bila aku berhenti, duit bukan kata boleh simpan, malah makin banyak,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN