KUALA LUMPUR: Penyanyi, Black Hanifah bersyukur kini mampu kembali aktif menyanyi setelah diuji dengan kehilangan suara selama setahun yang turut menyebabkannya tidak boleh bercakap sebelum ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Black atau nama sebenarnya, Hanifah Muhammad Hanafiah berkata, sebelum ini dia mengalami masalah polip di bahagian anak tekak dan terpaksa menjalani pembedahan membuang ketumbuhan itu. “Alhamdulillah, setelah menjalani pembedahan, saya kini sudah boleh bercakap dan menyanyi semula. “Tapi selepas melakukan rawatan, saya tidak dibenarkan menyanyi dalam tempoh tiga bulan. Doktor maklum, masalah ini biasa dihadapi oleh mana-mana penyanyi bersuara tinggi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya