PASIR PUTEH: Anak perempuan kepada wanita yang maut dalam kemalangan di Kilometer 10, Jalan Pasir Puteh-Machang dekat Kampung Kandis di sini pagi tadi pula meninggal dunia. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, kanak-kanak berusia tiga tahun itu menghembuskan nafas semasa menerima rawatan di Hospital Tengku Anis. Menurutnya, selain itu, ibu saudara kepada kanak-kanak tersebut berusia 18 tahun yang menaiki kereta sama mengalami kecederaan parah dan dirawat di hospital sama ketika ini. Ujarnya, siasatan lanjut mendapati, kemalangan berlaku apabila kereta dipandu wanita itu hilang kawalan dan memasuki…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya