WASHINGTON: Kumpulan pertama jet pejuang F-16 buatan Amerika Syarikat (AS) kini dipindahkan ke Ukraine dari Denmark dan Belanda. Perkara itu diumumkan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken dalam sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Washington pada Rabu, ketika pemimpin dunia berikrar memberikan sokongan berterusan untuk Kyiv. “Jet-jet itu akan terbang di langit Ukraine pada musim panas ini untuk memastikan Ukraine boleh terus mempertahankan diri secara berkesan daripada pencerobohan Russia,” kata diplomat tertinggi AS itu. Agenda utama pada sidang kemuncak NATO yang mengumpulkan 32 negara anggota minggu ini, adalah mengenai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya