SEREMBAN: Bermula dengan hanya mengumpul rantai kunci (keychain) sebagai koleksi peribadi, rumah seorang eksekutif kilang di Taman Panchor Jaya di sini tidak ubah seperti sebuah galeri pameran. Apa tidaknya, rumah milik Ridzwan Darus, 53, dipenuhi dengan pelbagai barangan termasuk barangan antik seperti pinggan mangkuk, seterika tembaga, telefon dan jam lama yang semuanya tersusun rapi. Lebih menarik, Ridzwan berkata, kesemua barangan tersebut bukan hanya milik dirinya malahan turut dikumpul oleh isterinya, Fouzia Mahamad Hamli, 54, dan dua orang anaknya iaitu Muhamad Aidil Fakhri Ridzwan, 24 dan Muhamad Alif Ridzwan, 12. “Bermula…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya