ISKANDAR PUTERI: Seorang lelaki yang memandu melawan arus kira-kira 30 kilometer untuk melarikan diri daripada sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Persiaran Indah, di sini semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Mohd. Azlan Abdul Kadir berkata, lelaki berusia 24 tahun itu berjaya ditahan di Jalan Tristan, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Pada awalnya, pemandu Toyota Vios berwarna putih ditahan dalam SJR yang diadakan dari 12 tengah malam Jumaat hingga 4 pagi semalam sebelum bertindak melarikan diri. “Pihak polis mengejar kereta berkenaan dan lelaki tersebut terus memecut keretanya dengan kelajuan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya