RCB sumbang zakat RM1 juta kepada MAIPs - Utusan Malaysia

RCB sumbang zakat RM1 juta kepada MAIPs

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat bagi menyaksikan penyerahan mock cek zakat perniagaan RCB tahun 2023 bernilai RM1 juta kepada MAIPs di Dewan SK Seberang Ramai, Kuala Perlis semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Rural Capital Berhad (RCB) menyampaikan sumbangan zakat perniagaan bagi tahun 2023 bernilai RM1 juta kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Sumbangan zakat perniagaan bernilai RM1 juta bagi tahun ketiga RCB itu berlangsung dalam satu majlis bersempena dengan Program Kayuhan MAIPs Peduli di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat bagi menyaksikan penyerahan mock cek zakat perniagaan RCB itu yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif RCB, Hiruddin Hashim kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Zulfikri Osman.

Program MAIPs Peduli pada kali ini turut mengadakan aktiviti kayuhan bersama Tuanku Syed Faizuddin dengankolaborasi bersama Multimedia University (MMU) dan TTG Perlis serta Kuala Lumpur.

RCB juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti kayuhan ini dan bersama-sama mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN