ISKANDAR PUTERI: Kerjasama Telekom Malaysia (TM) dengan Nxera, cabang pusat data serantau unit Digital InfraCo Singtel akan meningkatkan status negara ini sebagai hab digital di Asia Tenggara. Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, kerjasama antara dua syarikat besar telekomunikasi itu membangunkan pusat data membuka pintu kemasukan lebih ramai pelabur asing dan berpotensi menjadi pusat pelaburan global. Katanya, pusat data kampus yang menggunakan kecerdasan buatan (Ai) yang bakal dibangunkan di kawasan EduCity, dekat sini berbeza berbanding pusat data lain. “Kampus pusat data berkapasiti 64 megawatt (MW) ini canggih, mapan, mempunyai ketersambungan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya