D PPDD

Protes Dhaka : Mahasiswa ugut mahu teruskan tunjuk perasaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Penganjur protes ganas di Bangladesh, Kumpulan Menentang Diskrimasi Mahasiswa mengugut untuk meneruskan tunjuk perasaan jika ahli kumpulannya yang ditahan tidak dibebaskan.

Ketua kumpulan tersebut, Nahid Islam berkata, pihaknya juga mahu segala pertuduhan terhadap ahli-ahlinya ditarik balik.

“Jika tidak, kami akan melancarkan protes ganas hari ini,” katanya kepada wartawan secara dalam talian seperti laporan Arab News.

Nahid yang tidak mendedahkan lokasinya kerana diburu pihak berkuasa turut menuntut tindakan keras diambil terhadap menteri dan pegawai polis yang bertanggungjawab atas kematian penunjuk perasaan.

AFP semalam melaporkan, polis menahan tiga lagi anggota kumpulan berkenaan berhubung protes terhadap sistem kuota penjawat awam yang dikatakan mengutamakan kroni.

Menurut akhbar tempatan, Prothom Alo, lebih 9,000 ditangkap di seluruh negara sejak kekacauan dan kekecohan bermula.

Polis semalam menyuraikan satu perhimpunan kecil di Dhaka untuk menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri, Sheikh Hasina kerana kegagalan mengawal keadaan.

Keganasan minggu lalu juga meragut sekurang-kurangnya 205 nyawa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya