PRK Nenggiri: Pengundi perlu sokong calon Kerajaan Perpaduan

PRK Nenggiri: Pengundi perlu sokong calon Kerajaan Perpaduan

MOHD. Syahbuddin Hashim (dua dari kanan) bersama Che Roslan Che Daud (kanan) melawat gerai kuih muih sempena program Kembara Ini Warisan Kita di Kampung Batu Papan, Gua Musang, Kelantan.-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri perlu kembali menyokong calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 17 Ogos ini membolehkan pelbagai manfaat pembangunan dilaksanakan di kawasan mereka.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, sentuhan dari kerajaan pusat amat diperlukan dalam usaha mengubah mengubah imej Nenggiri ke arah yang lebih baik.

“Kita mahu semua pihak termasuk pembangkang untuk menyokong calon Barisan Nasional (BN). Hal ini kerana apabila DUN Nenggiri selari dengan Kerajaan Perpaduan lebih banyak manfaat pembangunan akan diperoleh,” katanya ketika ditemui pemberita pada program Kembara Ini Warisan Kita di Kampung Batu Papan di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Datuk Che Roslan Che Daud. 

Mohd. Syahbuddin memberitahu, kemenangan di Nenggiri amat diperlukan dalam menambah kekuatan pembangkang di DUN Kelantan dalam memainkan peranan semak dan imbang.

“Lihatlah peranan kami sebagai pembangkang dalam DUN yang nampa berkesan setakat ini, kalau ada seorang lagi pembangkang kita akan jadi lebih kuat.

“Kita berada dalam mod bersedia untuk merampas kembali kerusi ini. Insya-Allah jika kita bekerja keras, kemenangan akan berpihak kepada BN,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya