TEHRAN: Masoud Pezeshkian dijangka mengangkat sumpah Presiden kesembilan Iran pada awal bulan depan, lapor agensi berita IRNA. Ahli Lembaga Pengerusi Parlimen, Mojtaba Yosefi berkata, majlis angkat sumpah Presiden akan diadakan pada 4 atau 5 Ogos ini. “Presiden mempunyai 15 hari untuk mengemukakan cadangan menterinya kepada Parlimen untuk undi percaya,” katanya. Presiden Iran yang dipilih dikehendaki mengangkat sumpah di hadapan Parlimen sebelum memegang jawatan itu secara rasmi. Upacara angkat sumpah itu diadakan selepas presiden yang dipilih menerima pengesahan rasmi oleh pemimpin tertinggi republik Islam berkenaan. Presiden Iran bukanlah ketua negara, sebaliknya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya