SEREMBAN: Polis kini menyiasat insiden seorang lelaki yang didakwa ditumbuk oleh seorang lelaki lain yang merupakan Orang Besar Undang Luak Rembau dalam kejadian di Balai Undang Luak Rembau, di sini pada 4 Julai lalu. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 6.12 petang hari yang sama ketika lelaki tersebut menghadiri Majlis Kerapatan Lembaga Suku Biduanda, Orang Besar Undang dan Buapak Lapan Kampung. “Mangsa telah dirujuk ke Hospital Rembau untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar. Kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 323 Kanun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya