Polis kesan buruh asing bergaduh di tapak pembinaan - Utusan Malaysia

Polis kesan buruh asing bergaduh di tapak pembinaan

TANGKAP layar rakaman video yang tular menunjukkan sekumpulan pekerja asing bergaduh di kawasan pembinaan di Sedenak, Kulai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Sekumpulan buruh disyaki terlibat dalam pergaduhan di sebuah tapak pembinaan di Sedenak, dekat sini.

Justeru, Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee berkata, pihaknya sedang mengesan semua pihak yang terlibat dalam insiden berkenaan, namun hingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat.

“Semalam, kita telah kesan satu video tular yang berdurasi 28 saat memaparkan sekumpulan individu sedang bergaduh di sebuah tapak pembinaan.

“Kejadian itu dipercayai berlaku kawasan pembinaan di Sedenak, Kulai. Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan polis sedang mengesan individu terlibat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Seng Lee meminta saksi tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menerusi talian 07-6632222.

Sementara itu, rakaman video yang tular tersebut menunjukkan sekumpulan lelaki dipercayai pekerja warga asing bergaduh dengan menggunakan senjata dipercayai kayu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya