LONDON: Perdana Menteri Britain, Keir Starmer memulakan lawatan ke empat negara United Kingdom (UK) sebagai sebahagian daripada usaha memperbaharui hubungan dan kerjasama dengan kerajaan Scotland, Ireland Utara dan Wales. Starmer, pada Ahad mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertama Scotland, John Swinney di Edinburgh dalam usaha untuk ‘mengubah ketidaksepakatan menjadi kerjasama’. “Bermula hari ini (Ahad) dengan penetapan semula segera pendekatan kerajaan saya untuk bekerjasama dengan menteri pertama dan timbalan menteri pertama. “Kerjasama bermakna yang berpaksikan rasa hormat dan menjadi kunci untuk menyampaikan perubahan di seluruh United Kingdom,” katanya. Walaupun setiap negara berperlembagaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya