PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam sempat meluangkan masa bertemu pendakwah tersohor Amerika Syarikat, Dr. Omar Suleiman di kediamannya. Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, Anwar berkata, menerusi pertemuan itu, banyak pandangan mengenai perkembangan Islam di Amerika Syarikat dan dunia barat dikongsikan bersama. “Kami turut berbincang mengenai ikhtiar merekayasa peranan strategik Malaysia dalam menyampaikan mesej Islam yang syumul dan wasatiy,” katanya. Dr Omar Suleiman kini berada di Malaysia dalam rangka lawatan singkat bagi menyampaikan syarahan di Shah Alam, Selangor. Turut serta dalam pertemuan itu adalah isteri Perdana Menteri,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya