KANGAR: Bermula sekadar minat dalam memikat burung, namun hobi Faizal Ahmad,46, dari Kampung Warna-Warni Seberang Ramai di sini mampu menjadi sumber pendapatan sampingan buatnya. Faizal sudah bergiat aktif memikat burung merbuk sejak 15 tahun lalu dengan menggunakan sarung perangkap atau lebih dikenali sebagai jebak. Katanya, dia mula terlibat dengan hobi berkenaan setelah mengikut rakannya memikat burung dan lama kelamaan perasaan minat tersebut timbul secara sendiri. “Pada mulanya saya hanya memikat burung ini sekadar suka-suka ikut kawan namun lama kelamaan minat itu timbul sendiri sehinggakan mampu meraih pendapatan sampingan,” katanya kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya