KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pertabalan baginda yang berlangsung hari ini. “Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan Duli Tuanku serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara, seiring fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam dan menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di negara ini,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook hari ini. Perdana Menteri mewakili seluruh rakyat Malaysia juga menzahirkan ketaatan dan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada institusi Raja Berperlembagaan. Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya