TUMPAT: Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) mengukuhkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus berjaya membantu mengekalkan Ringgit sekali gus meletakan mata wang negara itu berada di kedudukan pertama antara negara serantau. Menteri Kewangan II Datuk Amir Hamzah berkata, pendekatan itu sangat baik untuk sistem kewangan menerusi ‘accommodative policy’ yang membantu menggerakan perkembangan perniagaan. “Seperti mana yang kita lihat, Ringgit pada Jumaat lalu berada sekitar 4.68 berbanding dollar Amerika, dan sudah semakin konsisten di bawah paras 4.70. Alhamdulillah, dalam enam bulan kebelakangan ini, kita dapat melihat prestasi Ringgit yang bertambah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya