Pengantin terkejut ramai mahu bergambar dengan Hun Haqeem

Pengantin terkejut ramai mahu bergambar dengan Hun Haqeem

HUN HAQEEM (depan) bergambar bersama pengantin lelaki, Mohamad Adam Mohamed Husairi semasa majlis perkahwinan rakan baiknya di Cheras, baru-baru ini. -IHSAN ADAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pasangan pengantin, Mohamad Adam Mohamed Husairi dan isterinya, Nurain Izzati Mohd Rozi tidak berkecil hati walaupun tetamu yang datang lebih teruja untuk bergambar dengan artis popular, Hun Haqeem semasa kenduri kahwinnya, bulan lalu.

Haqeem, pelakon drama rantaian Astro dan Viu merupakan sahabat baik Adam sejak mereka belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perimbun, Cheras, dari tingkatan satu.

“Saya okey sahaja sebab Haqeem memang kawan baik saya sampai kami tingkatan lima. Walaupun sibuk dengan jadual berlakon, Haqeem tetap datang ke kenduri saya.

“Saya mengenali Haqeem sejak kecil sebab rumah nenek sebelah bapanya depan rumah saya sahaja.

“Haqeem memang merendah diri walaupun dia sudah bertaraf artis terkenal dan disukai ramai peminat wanita,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mohamad Adam berkata, Haqeem aktif menjadi model sejak zaman sekolah dan mula menceburi bidang lakonan selepas menamatkan pengajian di sekolah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN