PETALING JAYA: Pendirian Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadi bukti bahawa UMNO sebenarnya tidak menolak kerjasama dengan Pas. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, beliau percaya perkara yang ditegaskan oleh Timbalan Perdana Menteri itu adalah pengalamannya menerusi kerjasama Muafakat Nasional (MN) sebelum ini. “Pandangan Presiden adalah pengalaman bersama MN. Jadi sudah tentu Presiden mengetahui yang sebenarnya dimaksudkan Presiden. “(Namun), maknanya Presiden tidak menolak (kerjasama dengan Pas), tetapi dengan syarat-syarat yang diberikan Presiden,” katanya ketika dihubungi, semalam. Kelmarin, media melaporkan, Ahmad Zahid membayangkan kerjasama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya