NIBONG TEBAL: Tiada lagi gelaran penagih dadah jika pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang bakal dibentangkan di Parlimen sebelum 18 Julai ini mendapat sokongan majoriti. Sebaliknya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, penagih atau penyalahgunaan dadah itu akan diklasifikasikan sebagai pesakit selepas pindaan diluluskan. “Kami (Kementerian Dalam Negeri atau KDN) telah menyelesaikan semua aturan untuk pindaan itu. Cadangan pindaan tersebut sebenarnya melibatkan proses libat urus yang lama dengan semua pemegang taruh dan semua agensi di bawah kementerian (KDN). “Kemudian, kita bentangkan kepada Jemaah Menteri sebelum…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya