Pemuda UMNO Arau gotong-royong bina semula pondok rehat rider Foodpanda - Utusan Malaysia

Pemuda UMNO Arau gotong-royong bina semula pondok rehat rider Foodpanda

AHMAD Nazrin Abdul Aziz (lima dari kiri) bersama jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Arau serta penghantar makanan Foodpanda bergotong-royong membina semula pondok rehat yang roboh akibat dihempap pokok di Arau, Perlis semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Arau mengambil inisiatif membantu bergotong-royong membina semula pondok rehat penghantar makanan Foodpanda yang roboh akibat dihempap pokok di Arau Perlis semalam.

Gotong-royong membabitkan jawatankuasa Pemuda UMNO Arau diketuai Naib Ketuanya, Ahmad Nazrin Abdul Aziz dengan kerjasama penghantar makanan Foodpanda tersebut bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Turut hadir, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau, Abdul Azim Abdullah.

Pondok rehat berkenaan dibina semula selepas roboh dihempap pokok baru-baru ini sekali gus menyukarkan para penghantar makanan yang menjadikan pondok di situ sebagai lokasi berehat sementara menanti penghantaran.

Sebelum ini, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Arau, Syed Atif Syed Abu Bakar bersama Ahmad Nazrin turut telah meninjau pondok rehat yang roboh tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya