JOHOR BAHRU: Pemandu mabuk yang merempuh seorang anggota polis trafik sehingga cedera parah di Kilometer 3.6, Jalan Pantai di sini semalam ditahan reman selama empat hari, bermula hari ini. Perintah tahanan reman terhadap suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an itu dikeluarkan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid bagi membantu siasatan polis di bawah Seksyen 44(1A)(B) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol. Terdahulu, suspek hadir ke mahkamah dengan memakai baju lokap berwarna ungu dan tangan bergari. Semalam, media melaporkan seorang anggota polis trafik yang sedang bertugas cedera selepas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya