KUALA TERENGGANU: Seorang pelancong Maghribi mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini bagi tuduhan mencabul kehormatan seorang juruterapi spa di Pulau Perhentian, Besut, Ahad lalu. Nourou Yassine, 23, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam Bahasa Inggeris. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang berusia 19 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatannya. Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah resort di Pulau Perhentian pukul 9.15 malam pada 14 Julai lalu. Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara maksimum…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya