KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh keputusan 10A dan ke atas bakal diberikan ruang melanjutkan pelajaran ke peringkat matrikulasi. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lalu bagi memastikan semua pelajar cemerlang tanpa mengira kaum untuk mendapat tempat pendidikan lebih tinggi. Katanya, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek akan memperincikan keputusan itu esok. Bagaimanapun, Anwar menegaskan, kerajaan akan menjamin hak pendidikan untuk bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. “Apabila anak-anak lulus SPM (memperoleh keputusan cemerlang) yang kemudian berdepan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya