Pekebun tembikai rugi RM 80,000 dirompak 10 lelaki

Pekebun tembikai rugi RM 80,000 dirompak 10 lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Seorang pekebun tembikai kerugian hampir RM80,000 selepas dirompak 10 lelaki bertopeng yang menyamar sebagai anggota polis di sebuah rumah bangsal kebun tembikai Kampung Lepan Anjung, Dabong di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 2.50 pagi mangsa trak pikap milik mangsa turut dilarikan oleh kumpulan perompak berkenaan semasa berada di bangsal tersebut seorang diri.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata, semasa kejadian mangsa telah didatangi 10 lelaki memakai topeng muka yang kemudian bertindak menendang pintu dan menceroboh masuk bangsal tersebut.

“Suspek terlibat kemudian memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis. Bagaimanapun, salah seorang daripada suspek memegang objek menyerupai sepucuk pistol. 

“Suspek terlibat juga bertindak mengacukan parang ke leher mangsa sebelum memaklumkan lelaki itu telah melakukan kesalahan jenayah dan perlu ditangkap. Pada masa sama, tangan mangsa digari ke belakang manakala kakinya diikat dengan tali,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mazlan memberitahu, suspek telah mengambil barangan mangsa iaitu wang tunai kira-kira RM 7,000.00, sebuah telefon pintar, dua unit jam tangan, sebuah basikal elektrik dan sebuah mesin gergaji.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan dengan senjata.

“Saksi yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat di talian 011-2435 9850 atau datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai bagi membantu siasatan,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya