SEREMBAN: Pegawai polis di Bahagian Counter Terrorism E8, Cawangan Khas Bukit Aman maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 273.5 Lebuhraya Utara Selatan (Plus), arah selatan dekat sini kelmarin. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 7.47 malam apabila mangsa, Asisten Superintenden Muhammad Zafwan Muhamad Ismail, 36, yang menunggang motosikal terbabit nahas dengan sebuah treler yang mengakibatkannya mengalami kecederaan para di kepala dan maut di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, siasatan awal mendapati pemandu treler telah berhenti di lorong susur kawasan Rehat dan Rawat (RNR)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya