KUANTAN: Seorang pegawai bomba cedera ketika bertugas membantu mengawal kebakaran di sebuah gudang Jalan Bukit Ubi di sini malam tadi. Mangsa, Kamerul Bieza Mohamed Kassim yang merupakan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan mengalami kecederaan melecur di bahagian tangan. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Ir. Dr. Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, mangsa mengalami kecederaan terbabit setelah terjatuh akibat licin dalam air bercampur minyak panas. “Mangsa mengalami kecederaan melecur tahap dua dan sudah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk menerima rawatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya