MANILA: Dua warga Australia bersama rakannya, seorang wanita Filipina ditemukan mati di sebuah hotel di bandar peranginan popular, selatan ibu negara Filipina. Mayat mangsa ditemukan seorang pekerja hotel dengan keadaan tangan dan kaki diikat di dalam sebuah bilik di Hotel Lake, bandar Tagaytay di selatan Manila pada Rabu, menurut kenyataan polis. Ketua Polis Tagaytay, Charles Daven Capagcuan berkata, motif pembunuhan masih belum jelas, sambil memaklumkan beberapa barangan berharga mangsa, termasuk telefon bimbit tidak diambil oleh suspek. Mangsa dikenal pasti adalah seorang lelaki warga Australia berusia 50-an, bersama pasangannya yang lahir…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya