Nigeria saman Meta - Utusan Malaysia

Nigeria saman Meta

AGENSI Perlindungan Data Kebangsaan menggantung serta-merta dasar privasi terkini Meta.- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAGOS: Nigeria menyaman gergasi media sosial, Meta lebih RM1 bilion atas dakwaan menyalahi undang-undang perlindungan data dan hak pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perlindungan Pengguna Persekutuan, Adamu Abdullahi berkata, langkah itu dibuat selepas siasatan berterusan dari Mei 2021 sehingga Disember 2023 mendapati berlaku pencabulan data pengguna di aplikasi Facebook dan WhatsApp.

Jelas beliau, Meta mengeksploitasi data tersebut tanpa kebenaran untuk mengaut keuntungan serta menafikan hak pengguna negara ini.

“Meta seharusnya mematuhi undang-undang, bukannya mengeksploitasi pengguna.

“Syarikat itu juga perlu berhenti daripada mengamalkan praktis tersebut pada masa akan datang yang jelas menyalahi undang-undang,” kata beliau sebagaimana laporan agensi berita Arab News.

Meta masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan namun maklum tentang siasatan yang berlangsung selama 38 bulan itu.

Nigeria mempunyai kira-kira 164.3 juta pengguna media sosial aktif terutama golongan berusia 24 tahun ke bawah.

Sebelum ini Kesatuan Eropah (EU), mendakwa Meta sengaja memperkenalkan satu model langganan bebas iklan yang memaksa jutaan pengguna Instagram dan Facebook membayar jika tidak mahu data mereka digunakan tanpa kebenaran. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN