TEL AVIV: Walaupun sudah menyatakan komitmennya terhadap cadangan perjanjian pertukaran tebusan di Gaza dengan tahanan Palestin, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu masih menekankan pendirian untuk tidak menamatkan perangnya di Gaza. Beliau menegaskan, sebarang perjanjian hasil daripada rundingan semasa mesti membenarkan Tel Aviv untuk kembali bertempur di wilayah itu. Pada Mei lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menekankan rancangan untuk mencapai perjanjian pertukaran tahanan antara Israel dan Hamas dan mewujudkan gencatan senjata di Gaza. Pelan itu menggariskan prinsip asas untuk pertukaran tahanan dan pemulihan sepenuhnya keamanan di Gaza, membentuk asas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya