PORT DICKSON: Seramai 40 buah keluarga nelayan di kawasan Pasir Panjang di sini menerima pampasan sebanyak RM1,000 setiap bulan sepanjang pembinaan projek pembangunan resort Lexis Hibiscus 2. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, projek berkenaan dibangunkan bersebelahan dengan resort sedia ada dengan keluasan lebih kurang 32 hektar dan tempoh pelaksanaan projek itu akan mengambil masa selama lima tahun bermula Jun lalu sehingga Jun 2029. Menurutnya, pemberian pampasan itu dimulakan sejak bulan lalu di mana senarai nama penerima sudah dikenal pasti oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan persatuan nelayan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya