SETIU: Wakil State Terengganu Endurance Team (STET), Mohd. Faris Haikal Hassan Sa’ari muncul juara kategori utama CEI 120 kilometer (km) dalam Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Di-Pertuan Muda Terengganu di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) Lembah Bidong, di sini, hari ini. Pelumba tuan rumah itu tiba paling awal di garisan penamat dengan catatan masa 6 jam 5 minit 5 saat (s) untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM9,075 dan piala iringan. Lebih membanggakan pelumba kelahiran Kuala Terengganu itu apabila kuda tunggangannya turut dinobatkan selaku Kuda Terbaik untuk menerima hadiah tambahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya