PASIR PUTEH: Walaupun lapan tahun sudah berlaku, seorang lelaki yang menjadi mangsa renjatan elektrik bervoltan tinggi masih trauma dengan bunyi petir selain tidak boleh terdedah panas terik matahari. Selain itu, mangsa, Mohamad Khanapiah Mustafa, 20, turut mengalami kecacatan kekal apabila kulitnya menjadi gelembung menyebabkan dia terpaksa memakai baju lengan panjang untuk ‘menyembunyikan’ penderitaan yang dialami. Bercakap kepada Utusan Malaysia, bapa kepada lelaki itu, Mustafa Mat Zin, 55, berkata, musibah yang berlaku pada 22 Jun 2016 menyebabkan anaknya itu mengalami kecacatan kekal. Menurutnya, kesan renjatan elektrik itu dapat dilhat dengan jejas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya