MACHANG: Kementerian Pertahanan (Mindef) akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) melibatkan penugasan bagi memperkasakan lagi aspek keselamatan anggota semasa melaksanakan tanggungjawab kepada negara. Timbalannya Adly Zahari berkata, langkah tersebut bertujuan mengurangkan risiko kemalangan dalam kalangan anggota sepanjang penugasan. “Kita tahu malang tidak berbau, semasa latihan atau operasi kemalangan boleh berlaku. Bagaimanapun, kita tetap perlu membuat persediaan untuk berdepan sebarang kemungkinan. “Anggota pasukan pertahanan sememangnya diberikan latihan terutama berkait dengan ikhtiar hidup. Jadi Mindef akan membuat penilaian bagi memperbaiki kelemahan yang ada,” katanya kepada pemberita semasa menyantuni veteran Angkatan Tentera…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya